Sesi Beta untuk Fallout 76 bermula hari ini bagi Xbox One dan 30 Oktober untuk Playstation 4 dan PC.  Bersamanya, Bethesda mengeluarkan satu kuciran di Twitter yang memberi peringatan kepada pemain yang permainan tersebut akan terus dibangunkan dan ditambah baik.

Mereka juga mengatakan, pemain akan menjumpai pelbagai pepijat serta masalah yang tidak dijumpai oleh pihak mereka dan berharap pemain akan melaporkan sebarang masalah yang dihadapi agar mereka dapat memperbaikinya.

Permainan yang dikeluarkan oleh Bethesda sudah menjadi kebiasaan mempunyai pepijat dan masalah kerana permainan mereka mempunyai dunia yang luas. Tambahan lagi untuk permainan yang sepenuhnya dalam talian seperti Fallout 76.

Sesi Beta untuk Fallout 76 hanya dibuka kepada pemain yang pra tempah permainan tersebut. Ia merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout dan dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.

Sohor Kini