Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Bandai Namco berkongsi bahawa permainan Tales Of Vesperia bakal mendapat pelancaran semula sebagai permainan pernambah-baikkan dengan nama Tales Of Vesperia Definitive Edition.
Tales Of Vesperia asalnya dilancarkan pada 2008 lepas di Xbox 360 dan versi Playstation 3 dilancarkan pada 2009. Kini setelah hampir 10 tahun, permainan tersebut bakal kembali dengan pelbagai pernambahan yang disertakan sebelum ini.
Menurut Bandai Namco, Tales Of Vesperia Definitive Edition akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu antara bulan Disember sehingga Mac.


