Atlus ketika Xbox Games Showcase mendedahkan dua pengumuman utama, permainan RPG Persona 6 telah diumumkan secara rasmi melalui sebuah treler acah, sementara judul Persona 4 Revival disahkan akan dilancarkan pada 18 Februari 2027.
Bagi Persona 6, permainan ini akan membawakan jalan cerita baharu yang berdiri sendiri. Judul tersebut kini telah pun disenaraikan dan sedia untuk ditambah ke dalam senarai hajat.
Dalam pada itu, Persona 4 Revival merupakan versi olahan semula sepenuhnya. Ia akan hadir dengan visual yang dipertingkatkan, kemas kini tatamain, rekaan gaya moden, serta beberapa penambah-baikan quality-of-life. Pra-tempahan untuk permainan ini sudah mula dibuka.
Kedua-dua judul ini akan ditawarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC. Permainan ini juga akan dimasukkan ke dalam perkhidmatan Game Pass dan menyokong ciri Xbox Play Anywhere.


