Selepas diachakan pada Disember 2023, SEGA mendedahkan Crazy Taxi: World Tour secara rasmi melalui sebuah treler yang ditayangkan di acara Xbox Games Showcase. Permainan bergenre arcade racer ini dijadualkan pelancaran pada tahun 2027 dan akan tersedia pada platform PlayStation 5, Xbox Series, Switch 2, serta PC.

Siri terbaharu ini meluaskan skala permainannya ke peringkat global. Pemain akan mengawal watak Axel yang sedang memburu penjenayah bertopeng misteri yang telah mencuri teksi kesayangannya. Dalam usaha tersebut, Axel perlu menyelesaikan pelbagai misi ekstrem yang terikat dengan masa di seluruh dunia sambil mengumpul pendapatan tinggi dengan menghantar penumpang ke destinasi mereka dengan pantas.

Mengekalkan identiti siri asalnya, Crazy Taxi: World Tour turut kembali menampilkan elemen muzik daripada kumpulan The Offspring.

Leave a Reply