SEGA telah mengumumkan acara baharu untuk Sonic Rumble Party dan kali ini bersama dengan Popeye iaitu siri animasi popular. Acara ini sedang berlangsung dan berlanjutan sehingga 10 Jun. Acara ini adalah kerjasama di antara SEGA dan King Features.

Sepanjang tempoh acara ini, kandungan eksklusif ditawarkan melalui sistem Event Pass dan Red Star Ring Shop. Pemain yang melengkapkan Free Pass akan menerima Olive Skin dan Canned Spinach Buddy. Manakala, pemain yang mendapatkan Premium Pass berpeluang memperoleh Popeye Skin dan Sailer Chao Buddy.

Selain daripada pas acara, sebuah pakej masa terhad yang dipanggil Bluto Skin Bundle turut ditawarkan. Pakej kedai ini mengandungi Bluto Skin, Friendly Jab Emote, serta pelekat Popeye vs. Bluto.

Sonic Rumble Party sudah dilancarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply