Pemain PUBG Mobile kini boleh menggunakan suara penyanyi rap Malaysia iaitu Malique, Kidd Santhe, dan Yonnyboii di dalam permainan bermula 22 Mei melalui kempen “Suara Juara”. Kolaborasi terbaharu ini merupakan lanjutan daripada pelancaran lagu tema ulang tahun kelapan permainan tersebut, “Infiniti – Kita Up”.

Pemain ditawarkan dua kaedah berbeza untuk mendapatkan kandungan audio ini. Bagi pilihan percuma, para pemain perlu melengkapkan misi-misi yang ditetapkan di dalam permainan bermula 22 Mei hingga 1 Jun untuk menebus tiga voice line kekal, merangkumi satu rakaman daripada setiap artis yang terlibat.

Sebagai alternatif, pemain boleh membeli Infiniti Voice Pack (Advanced) secara terus menerusi kedai dalam permainan yang dibuka dari 22 Mei sehingga 11 Jun. Penawaran berbayar ini memuatkan 23 voice line eksklusif secara keseluruhan. Pecahan audio ini terdiri daripada lapan dialog daripada Kidd Santhe, lapan daripada Yonnyboii, dan tujuh voice line daripada Malique. Di dalam permainan, ketiga-tiga artis ini diposisikan sebagai rakan sepasukan yang memegang peranan taktikal yang berbeza.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply