Uniqlo akan melancarkan edisi kedua MANGA UT sempena ulang tahun ke-100 syarikat penerbitan utama Jepun, Shueisha yang dijadualkan bermula pada 18 Mei 2026. Dengan menyertakan 16 rekaan baharu, selepas membawa 22 rekaan untuk edisi pertama pada bulan Mac yang lepas.

Koleksi baharu ini akan memaparkan seni visual terus daripada siri-siri yang diterbitkan di bawah majalah komik syarikat tersebut seperti Weekly Shonen Jump, Weekly Young Jump, dan Ribon seperti Naruto dan One Piece.
Kesemua 16 rekaan ini tidak akan dilancarkan secara serentak, di mana ketersediaan setiap corak mungkin dilepaskan pada tarikh yang berbeza-beza bergantung kepada jadual jualan Uniqlo. Koleksi tshirt ini akan dijual pada tanda harga RM59.90 sehelai dan boleh didapati di semua cawangan fizikal Uniqlo di seluruh negara serta platform dalam talian rasmi mereka.


