Ciri Xbox Copilot yang boleh membantu pemain menyelesaikan masalah dalam permainan diperlihatkan untuk PC dan Xbox tahun lalu. Ia adalah usaha gigih Microsoft untuk memperkenalkan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) Copilot pada produk keluaran mereka. Pagi ini CEO Xbox, Asha Sharma mengumumkan pembangunan Copilot untuk Xbox akan ditamatkan serta merta sementara integrasi Copilot dalam aplikasi Xbox di telefon pintar akan dihentikan.

Menurut Sharma, ini adalah kerana Copilot tidak dilihat sebagai “ciri-ciri yang tidak selaras dengan hala tuju Xbox”. Sejak mengambil alih tugas CEO beberapa bulan lalu, Sharma memperkenalkan beberapa perubahan seperti langganan Game Pass lebih murah, tidak lagi menyertakan COD dalam Game Pass, menamatkan kempen “This is an Xbox” dan mengembalikan semula Xbox Gaming dengan logo baharu.
Microsoft dilihat ingin kembali menumpukan perhatian kepada kalangan gamer yang semakin ramai berpindah ke konsol atau sistem operasi lain seperti SteamOS. Pelancaran Steam Machine seperti memberikan kesedaran kepada Microsoft mereka tidak lagi boleh


