Hari ketiga untuk minggu kelima bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) musim ke-17 membawa pertempuran di antara pasukan yang sedang menikmati momentum kemenangan, Selangor Red Giants ingin mencari kemenangan yang sembilan manakala Team Rey ingin kemenangan yang ketujuh berturut-turut. Mereka bertemu dengan AC Esports dan juga Invictus Gaming yang juga mencatat kemenangan sebelum ini.

Berikut merupakan keputusan untuk minggu kelima dan hari ketiga:

Team Rey Tewaskan AC Esports (2-0)

Kemenangan bergaya AC Esports bertemu dengan Team Flash tidak membantu mereka untuk menyekat kemaraan Team Rey yang masih berdisiplin di dalam strategi permainan mereka, walaupun diberi tentangan yang agak baik oleh AC akan tetapi Team Rey berjaya untuk mencatat kemenangan yang bersih, memberi kemenangan ketujuh berturut-turut dan juga mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua liga.

SRG Bukan Saingan Invictus Gaming (2-0)

SRG memastikan rekod tanpa kalah mereka berterusan dan menjadi satu-satunya pasukan di dalam kejohanan MPL bagi musim ini yang masih mengekalkannya, selepas Team Liquid PH dikalahkan Team Falcons PH semalam. Walaupun tewas 2-0, tetapi Invictus Gaming memberi sedikit saingan untuk membawa sesi permainan ke tempoh yang lewat, tetapi akhirnya usaha mereka tidak berbuah hasil, dan iG terpaksa memulakan semula winning streak mereka.

Maka berakhirlah minggu kelima ini yang juga minggu pertama bagi leg kedua peringkat liga MPL Malaysia musim ke-17 ini. Bagi minggu depan akan bermula dengan pertembungan dua pasukan Malaysia dan dua pasukan dari Indonesia iaitu Team Rey bertemu Team Vamos dan Bigetron MY bertemu dengan RRQ Tora yang ingin menamatkan losing streak mereka.

Gambar: Moonton

Leave a Reply