Minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) memperlihatkan dua pasukan yang berasal dari Indonesia iaitu Bigetron by Vitality dan RRQ Tora menerima dua nasib yang berbeza. Bigetron berjaya memenangi perlawanan pertama mereka mengalahkan Team Flash manakala RRQ Tora ditewaskan buat pertama kali selepas tidak dapat mencari cara untuk menyekat dominasi Team Vamos.

Bigetron Ambil Peluang Kesilapan Team Flash (2-1)

Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang dengan kedua-dua pasukan boleh mencuri kemenangan. Pada pusingan pertama, pasukan Bigetron mempunyai kelebihan dari segi objektif akan tetapi di minit akhir perlawanan Team Flash berpeluang untuk melakukan serangan balas, namun apabila diberi pilihan untuk mendapatkan Lord, ataupun menamatkan permainan, mereka memilih untuk menamatkan permainan tetapi tanpa disedari minion Bigetron berjaya untuk memberi mereka kemenangan terlebih dahulu. Ini boleh dikatakan mengulangi skrip pada minggu lepas. Persaingan yang sengit berterusan untuk pusingan kedua, tetapi Team Flash berjaya untuk membawa ke pusingan penentuan. Pusingan ketiga sedikit berbeza dengan Bigetron berjaya untuk mengawal pusingan ini dan menyapu bersih segala objektif. CikuGais terus menjadi pemain yang penting untuk mereka selepas mendapatkan MVP di kedua-dua pusingan yang mereka menang.

Team Vamos Beri Kekalahan Pertama Kepada RRQ Tora (2-0)

Perlawanan tumpuan bagi minggu ini sudah semestinya RRQ Tora bertemu dengan Selangor Red Giants esok, dengan dua pasukan yang masih dengan rekod bersih bertemu, tetapi perkara tersebut sedikit tercalar apabila Team Vamos terlebih dahulu berjaya untuk memberikan kekalahan kepada RRQ Tora. Ini bukan sahaja kekalahan biasa, tetapi Team Vamos memperlihatkan dominasi penuh. Pusingan pertama mengambil 13 minit sahaja, pusingan kedua lebih lama akan tetapi Team Vamos masih mendominasi dengan mendapatkan hampir kesemua objektif. Kemenangan bergaya Team Vamos ini boleh diterima kasihkan kepada Zqeef yang bukan sahaja menjadi penyerap damage tetapi juga menyediakan sokongan yang berkesan.

Keputusan bagi hari ini sudah semestinya memberi nafas baharu untuk Bigetron yang mungkin kini lebih bersedia untuk mengekalkan momentum mereka. Manakala RRQ Tora pul, keyakinan mereka mungkin sedikit terjejas yang akan memberi kelebihan kepada SRG esok, atau mereka juga mungkin lebih bersemangat untuk kembali ke landasan kemenangan. Bagi Team Vamos, ini merupakan dua kemenangan 2-0 berturut-turut yang akan dibawa untuk bertemu Team Flash yang sendirinya perlu lebih berdisiplin dan membuat keputusan di dalam permainan dengan lebih baik, terutama dengan Xorn pemain yang berpengalaman baru menyertai mereka.

Gambar: Moonton

Leave a Reply