Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Versi Video

Blood Brothers: Bara Naga

Platform: Netflix

Satu filem dan karya terbaik oleh Syafiq Yusof bersama dengan Abhilash Chandra yang memberi kepuasan kepada penonton, melalui penceritaan yang disampaikan dengan kemas dan adegan aksi yang dilakukan dengan sangat baik, ditambah lagi dengan lakonan yang memberi impak oleh nama-nama besar industri seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson dan Shukri Yahaya.

Baca: Ulasan Blood Brothers: Bara Naga

Wednesday (Musim 2)

Platform: Netflix

Pengembaraan baharu bermula di Nevermore Academy apabila Wednesday mendapat bayangan yang dia mungkin akan menjadi penyebab kepada kematian rakan sebiliknya iaitu Enid yang sudah dianggap sebagai keluarga selepas kejadian di dalam musim pertama. Pengembaraan ini akan dipenuhi dengan lebih banyak misteri dan juga perkara yang berbahaya termasuk juga pengenalan dengan manusia-manusia lain.

Sonic the Hedgehog 3

Platform: HBO Max

Sonic bersama dengan rakan-rakannya perlu menghadapi satu cabaran baharu iaitu Shadow yang merupakan seekor landak yang mempunyai dendam terhadap manusia secara menyeluruh. Cabaran Shadow terlalu sukar untuk Sonic yang memaksa dia bekerjasama dengan musuhnya iaitu Dr. Robotnik yang juga berjumpa dengan datuknya Gerald Robotnik di dalam filem ini. Filem ini bukan sahaja dipenuhi dengan adegan aksi tetapi juga komedi dengan Jim Carrey memberikan antara persembahan terbaiknya di dalam filem ini.

Baca: Ulasan Sonic the Hedgehog 3

The Pickup

Platform: Prime Video

Filem komedi gadingan Eddie Murphy dan Pete Davidson ini adalah mengenai dua pemandu trak keselamatan telah terlibat di dalam satu rompakan, selepas mereka berdua melawan, mereka sebaliknya diculik dan perlu melakukan rompakan yang dirancang sebelum ini. Tiada pengalaman, tiada latihan, usaha mereka sudah semestinya dipenuhi dengan pelbagai masalah dan juga aksi yang melucukan. Filem ini juga melibatkan Keke Palmer dan Jack Kesy.

Platonic (Musim 2)

Platform: Apple TV+

Rose Byrne sebagai Sylvia dan Seth Rogen sebagai Will kembali lagi untuk musim kedua dan mereka meneruskan kehidupan mereka dengan perhubungan dan pekerjaan yang baharu. Pada masa yang sama masih tertanya-tanya jika seorang wanita dan seorang lelaki boleh terus kekal sebagai seorang sahabat sahaja. Musim baharu ini akan membawa pelbagai cabaran baharu untuk mereka berdua dan juga gelak tawa kepada penonton.

Leave a Reply