Gen.G Esports terus membuktikan yang mereka merupakan pasukan terbaik League of Legends selepas memenangi kejuaraan antarabangsa kedua dalam masa sebulan selepas menjadi juara League of Legends Piala Dunia Esukan 2025.

Mereka mengalahkan AG.AL dari China dengan skor 3-2, untuk membawa pulang hadiah tunai $600 ribu dan juga 1000 Club Points. Mereka bermain dengan cemerlang untuk dua pusingan pertama, tetapi AG.AL membuktikan yang mereka bukan lawan yang mudah apabila menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Gen.G mudah memenangi pusingan penentuan.

Selaku naib juara, AG.AL membawa pulang hadiah tunai $320 ribu dan 750 Club Points. Hari ini juga memperlihatkan T1 mengalahkan pasukan G2 Esports untuk menjadi pasukan di tempat ketiga dan membawa pulang $230 ribu, diikuti G2 Esports mendapat $160 ribu.

Gen.G Esports pada 12 Julai lepas turut memenangi kejohanan Mid-Season Invitational 2025 mengalahkan T1 yang bukan sahaja memberikan mereka trofi MSI untuk dua tahun berturut-turut tetapi juga menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke Worlds 2025.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply