Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Tony Hawk’s Pro Skater 3+4
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC
Koleksi yang mengembalikan dua permainan ikonik di dalam genre simulasi papan selaju ini menjanjikan bukan sahaja grafik yang lebih baik, tetapi juga dengan penambahan mod permainan, watak dan juga gelanggang yang boleh digunakan oleh pemain untuk memperlihatkan kemahiran mereka dan mencatat skor tertinggi sambil mendengar lagu-lagu lama dan juga baharu.
Patapon 1+2 Replay
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Boleh dikatakan yang Patapon merupakan antara permainan terawal yang memperkenalkan pemain kepada genre permainan irama. Permainan klasik ini dikembalikan untuk platform baharu, tambahan pada itu ia juga menyertakan pelbagai tatamain yang boleh mengurangkan cabaran bagi yang merasakan ia permainan sukar ataupun menambah lagi kesukaran bagi yang inginkannya.
EA SPORTS College Football 26
Platform: PlayStation 5, Xbox Series
Selepas lebih 11 tahun tanpa permainan baharu, permainan simulasi american football bagi peringkat kolej kembali menjadi permainan tahunan. Meneruskan permainan yang dilancarkan pada tahun lepas, dengan pelbagai penambahan tatamain untuk menjadikan ia lebih realistik, termasuk juga yang melibatkan sorakan penonton di stadium yang akan memberi impak kepada prestasi. Mod seperti Dynasty dan Road to Glory juga kembali.
ISLANDERS: New Shores
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Meneruskan penawaran daripada permainan pertama, permainan ini menjanjikan tambahan pulau untuk dibangunkan oleh pemain dengan pelbagai pembinaan serba baharu. Selain itu, ia juga menyertakan biom-biom baharu yang memberikan inspirasi berbeza kepada pemain. Jika anda mencari ataupun ingin meneruskan sesi permainan membina bandar dengan persekitaran serta pengalaman yang tenang, permainan ini sudah semestinya mengisi keinginan tersebut.
Mycopunk
Platform: PC
Ingin permainan baharu untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, Mycopunk mungkin jawapannya. Di dalam permainan ini, anda bersama dengan bersama dengan rakan akan menjadi robot buangan yang diberikan satu misi terakhir iaitu menyiasat mengenai masalah cendawan yang berlaku,terdapat pelbagai misi untuk diselesaikan yang akan membawa kepada pelbagai pendedahan yang tidak dijangkakan. Ia dilancarkan secara akses awal.


