Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Captain America: Brave New World

Platform: Disney+ Hotstar

Sam Wilson telah diberikan tanggungjawab oleh Steve Rogers untuk meneruskan legasi sebagai Captain America, namun ia tidak hadir dengan mudah dengan pelbagai cabaran yang perlu dihadapinya termasuk juga oleh presiden negaranya sendiri. Di dalam filem ini, dia perlu melawan bukan sahaja pengganas, tetapi juga konspirasi daripada di dalam kerajaan sendiri termasuk juga yang melibatkan Red Hulk.

Baca: Ulasan Captain America: Brave New World

Wicked

Platform: Max

Pemenang beberapa anugerah di Oscars, dan juga antara filem terbaik pada tahun 2024 mengikut pilihan kami, Wicked membawa kisah yang menarik mengenai sejarah awal bagi dua watak penting di dalam Wizards of the Oz iaitu Elphaba atau Wicked Witch of the West dan Galinda yang menjadi Glinda the Good Witch of the North. Filem ini memperlihatkan bagaimana mereka bermula sebagai rakan tetapi bertukar menjadi lawan yang kita kenali.

Baca: Ulasan Wicked

Mountainhead

Platform: Max

Kisah mengenai empat hartawan yang berkumpul untuk berseronok semasa keadaan dunia yang kacau bilau dengan masalah ekonomi. Filem ini dihasilkan oleh showrunner Succession iaitu Jesse Armstrong dan disampaikan dengan cara komedi dan juga satira mengenai orang-orang kaya yang secara terus ataupun tidak memerintah dunia ini. Filem ini melibatkan empat pelakon terkenal iaitu Steve Carell, Jason Schwartzman, Cory Michael Smith, dan Ramy Youssef.

Dept. Q

Platform: Netflix

Carl Morck merupakan seorang detektif yang disegani, akan tetapi selepas mengalami satu trauma dia mengalami masalah untuk terus berkhidmat. Dia kemudian telah ditempatkan di satu department baharu yang memfokuskan kepada kes-kes lama yang tidak diselesaikan. Dengan serba serbi kekurangan, termasuk juga anggota, Carl Morck mungkin dapat mengembalikan kehebatannya untuk menutup kes-kes mustahil ini.

Good Boy

Platform: Prime Video

Sekumpulan atlit yang mengalami masalah kewangan kerana karier mereka yang singkat telah memilih untuk menjadi pengawal polis. Mereka menubuhkan satu pasukan bersama dan menggunakan segala kemahiran dan juga kebolehan yang diperoleh semasa menjadi atlit untuk menyelesaikan masalah jenayah-jenayah yang ada dan memberikan karier baharu untuk mereka.

Leave a Reply