2K dan Visual Concepts telah mengumumkan pelancaran siri terbaharu permainan bola keranjang mereka, NBA 2K27, yang bakal berada di pasaran pada 4 September 2026. Permainan ini akan ditawarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch 2, dan PC menerusi Steam.
Bagi pelancaran kali ini, tiga bintang bola keranjang dipilih bagi menghiasi muka depan mengikut edisi khusus:
- Pemain San Antonio Spurs, Victor Wembanyama, menghiasi muka depan Standard Edition
- Pemain Indiana Fever, Caitlin Clark, menjadi muka depan Deluxe Edition, sekali gus menjadikannya pemain WNBA pertama yang tampil secara solo untuk edisi global siri NBA 2K
- Legenda Chicago Bulls, Derrick Rose, ditampilkan khas pada muka depan edisi terhad Ultra Edition

Pra-tempah untuk permainan ini kini telah dibuka di laman web rasmi NBA 2K27, manakala penstriman treler permainan rasmi pertama dijadualkan berlangsung pada 28 Julai 2026. Pembeli Deluxe Edition dan Ultra Edition akan menerima Akses Awal bermula 28 Ogos 2026.
NBA 2K27 ditawarkan dalam tiga pilihan edisi dengan penawaran seperti berikut:
Standard Edition Hadir untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch 2, dan PC pada 4 September 2026. Bagi pengguna Nintendo Switch 2, permainan ini sudah boleh dimasukkan ke dalam senarai hajat (wishlist).
Deluxe Edition Tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC. Edisi ini merangkumi akses awal serta mata wang digital 100,000 VC. Kandungan mod MyCAREER yang disediakan termasuk 25x 6 Jenis Skill Boosts, 25x 3 Jenis Gatorade Boosts, Jersi Victor Wembanyama, Jersi Caitlin Clark, dan Syiling 2HR 2XP. Bagi mod MyTEAM pula, ia menyertakan Pemilihan Pasukan Full ’27: Series 1, Pakej Ejen Bebas Triple Threat Park, 5x Pakej ’27: Series 1, serta Syiling 2HR 2XP.
Ultra Edition Edisi digital terhad ini ditawarkan sehingga 6 September 2026 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC. Selain merangkumi kesemua barangan daripada Deluxe Edition, edisi ini turut menambah 35,000 VC (jumlah 135,000 VC), Pass Pro Musim 1, Pakej Pass Pro Musim Panas (Pass Pro Musim 7-9 yang akan dikeluarkan pada Musim Panas 2027), dan barangan Roses Oversize Hoodie untuk MyCAREER. Ia juga menawarkan Kad Pemain MyTEAM Premium, termasuk jaminan kad 98 OVR pada Disember 2026 dan kad Invincible pada Mei 2027. Pemain NBA 2K26 yang membuat pra-tempah Ultra Edition di kedai platform yang sama layak menerima diskaun kesetiaan sebanyak 10 peratus sehingga 3 September 2026.


