Angka jualan Kingdom Come: Deliverance II, kini secara rasmi telah melonjak melebihi 6 juta unit di seluruh dunia. Bagi merayakan pencapaian ini, judul permainan ini ditawarkan dengan potongan harga sehingga 60%, manakala sehingga 80% bagi permainan pertama.

Sejak dipasarkan, judul ini berjaya meraih pelbagai pengiktirafan utama dalam industri termasuk menerima beberapa pencalonan untuk kategori Game of the Year di acara berprestij seperti The Game Awards. Selain itu, ia turut membawa pulang trofi Best Narrative di BAFTA Games Awards. Prestasi memberangsangkan ini sekali gus membantu melonjakkan jumlah jualan keseluruhan francais di bawah kendalian Warhorse Studios kepada lebih 16 juta unit secara global.

Susulan kejayaan tersebut, pihak pembangun kini beralih fokus kepada perancangan masa hadapan dengan mengesahkan pembangunan dua projek open-world RPG baharu. Projek berkenaan merangkumi sebuah siri pengembaraan Kingdom Come yang baharu serta sebuah permainan video yang akan membawa pemain menerokai dunia Middle-earth, Lord of the Rings.

Bagi pemain yang berminat, Kingdom Come: Deliverance II boleh didapati untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply