Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang di Sukan Asia kini mempunyai senarai 12 pasukan yang akan terlibat. Pusingan kelayakan yang berlangsung di Resorts World Sentosa, Singapura dari 18 hingga 21 Jun 2026 telah menapis barisan pasukan terbaik dari seluruh benua Asia untuk merebut slot ke temasya yang dijadualkan bermula dari 29 Ogos hingga 1 Oktober 2026 ini di Aichi-Nagoya.

Berikut merupakan 12 pasukan yang berjaya melayakkan diri mengikut rantau:

  • Asia Tenggara: Filipina, Kemboja, Indonesia, Myanmar, dan Malaysia
  • Asia Barat: Arab Saudi, Jordan, dan Iran
  • Asia Tengah: Kazakhstan dan Uzbekistan
  • Asia Selatan & Timur: Mongolia serta Hong Kong, China

Ketika pusingan kelayakan yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A memperlihatkan aksi cemerlang oleh Filipina dan Kemboja dengan masing-masing mencatatkan rekod enam kemenangan dan satu kekalahan. Indonesia mengikut rapat dengan lima kemenangan, Myanmar dengan empat kemenangan dan Malaysia melengkapkan slot kelayakan dari rantau Asia Tenggara dengan rekod 3-4 sama seperti Vietnam tetapi mempunyai kelebihan memenangi lebih banyak pusingan.

Di kumpulan lain memperlihatkan dominasi Arab Saudi di Kumpulan B (4-0), Kazakhstan di Kumpulan C (3-0), dan Mongolia di Kumpulan D (4-0). Prestasi konsisten yang ditunjukkan oleh pasukan seperti Kemboja memberi isyarat awal bahawa perebutan pingat emas di Jepun nanti tidak lagi terhad kepada pasukan pilihan tradisional, sekali gus membuka ruang kepada persaingan yang lebih terbuka.

Gambar: Moonton

Leave a Reply