That’s No Moon ketika Summer Game Fest telah mengumumkan permainan sulung mereka adalah Crossfire, iaitu sebuah judul single-player yang menggabungkan elemen penceritaan dan reka bentuk permainan secara terus berdasarkan IP Crossfire oleh Smilegate. Judul ini mengetengahkan konsep kelangsungan hidup yang memaksa pemain untuk bekerjasama dengan pihak musuh.

Naratif permainan ini berpusat kepada dua operator yang berpegang pada ideologi yang saling bertentangan. Pemain akan mengawal watak bernama Layla Qassem dan terpaksa membentuk pakatan rapuh bersama Delroy Cross untuk menentang satu ancaman baharu yang jauh lebih besar. Tanpa pilihan lain, kedua-dua watak ini perlu mengenepikan permusuhan asal mereka dan bergantung antara satu sama lain serta bertindak pantas di bawah tekanan untuk terus hidup.

Paksi utama penceritaan ini diterjemahkan ke dalam bentuk corak permainan melalui mekanik teras yang dipanggil “Adaptive Cover”. Melalui sistem ini, pemain diberi keupayaan untuk menilai persekitaran secara dinamik, bergerak secara strategik, dan menggunakan kawasan perlindungan untuk menewaskan jumlah musuh yang besar. Mekanik tersebut berfungsi untuk mencerminkan situasi operasi watak di mana pemain perlu bekerjasama rapat dan mempercayai rakan sekutu di medan pertempuran.

Secara keseluruhannya, pembangunan Crossfire memfokuskan kepada penyampaian pengalaman penceritaan interaktif melalui permainan yang didorong oleh pembangunan watak. Studio tersebut menyatakan bahawa setiap tindakan pemain dan mekanik pertempuran dibina dengan teliti untuk mengukuhkan plot cerita tanpa memisahkan kedua-dua elemen tersebut.

That’s No Moon merupakan studio yang ditubuhkan oleh veteran di dalam industri permainan video yang pernah bekerja dengan studio seperti Naughty Dog dan Infinity Ward.

Leave a Reply