Francais epik Gundam akan bergerak ke arah garis masa yang baharu menerusi pengumuman GUNDAM ROGUE ORBIT. Judul bergenre Sci-Fi action game ini dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2027 dan bakal ditawarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Berita mengenai judul ini pertama kali dikongsikan kepada umum melalui acara penstriman langsung Summer Game Fest. Dibangunkan oleh Bandai Namco Studios, penceritaan kali ini tidak bersandar kepada mana-mana siri terdahulu, sebaliknya membawakan dunia baharu di mana umat manusia sedang berhadapan dengan ancaman misteri yang tidak diketahui.

Pemain akan mengambil peranan sebagai RE-X, seorang juruterbang elit yang mengawal sut jentera berkuasa tinggi yang dikenali sebagai Gundam Helix. Bersama sepasukan askar lain, dia ditugaskan untuk mempertahankan kelangsungan hidup manusia daripada musuh tersebut.

Sebagai sebuah action game, sistem permainannya memfokuskan kepada pergerakan dan pertempuran berkelajuan tinggi dalam persekitaran yang berskala besar. Maklumat awal mengesahkan bahawa pemain akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk melawan gelombang musuh yang besar serta bos bersaiz gergasi.

Pihak Bandai Namco dijangka akan mendedahkan lebih banyak butiran teknikal dan jalan cerita mengenai GUNDAM ROGUE ORBIT dalam masa beberapa bulan akan datang menjelang tarikh pelancarannya kelak. Treler pengumuman rasmi juga telah diterbitkan untuk memberi gambaran awal kepada mekanik permainan dan rekaan visual dunia baharu ini.

Leave a Reply