Selepas diumumkan peningkatan harga untuk PlayStation Plus bagi beberapa pasaran, ia juga kini turut terkesan untuk pasaran Malaysia. Berdasarkan penyenaraian di laman PS Plus, harga langganan untuk langganan selama 1-Bulan dan juga 3-Bulan kini meningkat sebanyak RM4 dan tiada perubahan untuk langganan selama setahun.
Berikut adalah harga baharu untuk langganan PS Plus (harga lama dalam kurungan):
PlayStation Plus Essential
- 1 Bulan: RM39 (RM35)
- 3-Bulan: RM99 (RM95)
- 12-Bulan: RM285
PlayStation Plus Extra
- 1 Bulan: RM59 (RM55)
- 3-Bulan: RM159 (RM155)
- 12-Bulan: RM490
PlayStation Plus Deluxe
- 1 Bulan: RM69 (RM65)
- 3-Bulan: RM189 (RM185)
- 12-Bulan: RM575
PlayStation mengatakan yang peningkatan harga ini adalah kerana keadaan pasaran semasa, tetapi dengan tiada peningkatan untuk langganan selama setahun, ini mungkin strategi untuk menjadikan langganan tempoh lama tersebut menjadi lebih berbaloi.


