Paper Rex terus membuktikan yang mereka merupakan pasukan terbaik di Asia Pasifik apabila memenangi piala Pasifik yang keempat dalam sejarah pasukan. Di Grand Finals, VCT 2026: Pacific Stage 1, yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam hari ini, mereka telah mengalahakan Full Sense dengan rekod bersih 3-0 mengulangi kejayaan semalam mengalahkan Global Esports.

Ini merupakan kejuaraan yang keempat untuk Paper Rex bagi VCT Pacific selepas memenanginya pada tahun 2023, Stage 1 2024 dan Stage 2 pada tahun lepas.
Selaku juara, Paper Rex bukan sahaja menuju ke Masters London sebagai pasukan terbaik Pasifik tetapi mereka juga telah mendapat slot terus ke Esports World Cup. Selain itu, mereka juga mendapat 10 Pacific Point yang akan membantu di dalam kelayakan VCT Champions.


