Pasukan yang terdiri sepenuhnya pemain dari Thailand telah menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke Grand Final selepas berjaya mengalahkan Global Esports, pasukan yang mereka sangat kenali kerana bekas-bekas pemain Full Sense pernah bermain di bawah kejurulatihan Frost (Ketua Jurulatih Global Esports).

Kejutan Pemilihan Peta
Bahkan, mereka menjadikan itu satu kelebihan apabila memilih untuk menggunakan peta yang jarang digunakan oleh Full Sense. Ketua Pasukan Crws mengatakan yang dia percaya bahawa pihak lawan akan mengabaikan analisis terhadap peta yang jarang dimainkan oleh Full Sense.
“Kami memilih dua peta yang paling lemah untuk kami menentangnya kerana saya tahu dia tidak akan membuat persediaan yang banyak untuk peta tersebut,” dedah Crws. Walaupun sedar keputusan itu berisiko tinggi, beliau berpuas hati apabila rakan sepasukannya mempamerkan prestasi luar biasa yang jauh melebihi jangkaan taktikal asal.
Membawa Kelebihan ke Grand Final
Ketua Jurulatih Full Sense, Thee, memuji ketahanan mental pasukannya dalam melaksanakan perancangan ini, terutamanya kejayaan bangkit mengatasi defisit 11-9 pada peta pertama untuk mengawal semula rentak perlawanan.
Kemenangan ini membawa memberi kelebihan kepada Full Sense menjelang pusingan Grand Final, di mana mereka kini memiliki kelebihan untuk membuang (ban) dua peta. Thee mengesahkan bahawa pasukan akan menggunakan keistimewaan ini secara optimum untuk menyingkirkan baki peta lemah mereka, sekali gus meningkatkan kebarangkalian merangkul kejuaraan.

Tekanan Hadir Dari Dalam
Mengenai kawalan tekanan di pentas besar, Crws menjelaskan bahawa pendekatan mereka adalah untuk menterjemahkan persekitaran perlawanan latihan ke dalam kejohanan sebenar. “Jumlah latihan yang kami lakukan adalah sebab mengapa kami berada di sini,” kata Crws, menafikan bahawa mereka bermain di bawah tekanan luaran.
Perkara ini turut dirasai oleh barisan pemain yang lain. Killua merekodkan pencapaian peribadi terbaiknya sepanjang kerjaya kompetitif dengan kemaraan ini, manakala Jitboys dan Leviathan kini bersedia mengharungi baki perlawanan tanpa tekanan emosi.
Di sebalik dominasi pasukan, bintang utama Full Sense yang kini mendahului carta statistik ‘ACE’ VCT, Primmie, kekal objektif mengenai prestasi pasukannya.
“Apabila perlawanan menjadi sengit, pasukan cenderung hilang fokus dan menjadi senyap tanpa hala tuju,” tegur Primmie secara terbuka. Pemain itu mahu skuadnya mengekalkan ketajaman komunikasi ketika berada dalam situasi tertekan untuk memastikan momentum kemenangan ini diteruskan.


