Netflix telah mengumumkan yang The One Piece iaitu siri anime One Piece yang dihasilkan semula bersama dengan Wit Studios akan tiba di platform mereka pada bulan Februari tahun hadapan. Projek ini pertama kali diumumkan pada tahun 2023.
Berdasarkan laporan tambahan, musim pertama untuk The One Piece ini akan mempunyai tujuh episod yang akan diterbitkan secara serentak. Episod-episod ini akan memfokuskan bahagian awal kisah One Piece sehingga Luffy bersama dengan krewnya iaitu Zoro, Nami dan Usop pada waktu ini berjumpa dengan Sanji.

Oleh itu, musim tersebut akan merangkumi arc Romance Dawn, Orange Town, Syrup Village dan bahagian awal Baratie, iaitu lebih kurang 50 bab manga, dan siri anime sebelum lebih kurang 20 episod.
Sebagai perbandingan, di dalam siri aksi nyata, Luffy bertemu Sanji pada episod kelima oleh itu kita boleh jangkakan pacing yang lebih kurang tetapi dengan tambahan penceritaan yang tidak disertakan dan juga mungkin tidak memperkenalkan sesuatu watak dengan lebih awal.
Netflix dan Wit Studio sebelum ini ada mengatakan yang projek penghasilan semula bukan sahaja untuk menambah baik animasi tetapi juga untuk menyampaikan penceritaan One Piece dan lebih padat.


