Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan semula siri anime One Piece bersama dengan Wit Studio iaitu studio yang sebelum ini menghasilkan musim awal Attack on Titan dan juga Spy x Family.

Mereka mengatakan yang penghasilan semula ini akan bermula dengan arc East Blue dan akan dikenali sebagai “The One Piece”. Maklumat lanjut mengenai penghasilan semula ini akan dikongsi kelak.

Ini bukanlah pertama kali Netflix terlibat dengan kandungan One Piece, mereka sebelum ini telah hadir dengan siri aksi nyata yang menerima penerimaan yang baik oleh peminat dan juga pengulas. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan One Piece (Netflix).

Sohor Kini