Bandai Namco telah mengesahkan pembangunan Dragon Ball Xenoverse 3 yang dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2027. Permainan baharu ini akan diterbitkan untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series, serta PC melalui platform Steam. Pengumuman rasmi ini menandakan kepulangan siri Dragon Ball Xenoverse selepas tempoh 10 tahun sejak siri terakhirnya dipasarkan.
Berdasarkan treler pengumuman yang didedahkan kepada umum semasa acara Dragon Ball Games Battle Hour 2026, permainan ini tidak menyambung latar masa lalu secara terus, sebaliknya memperkenalkan era baharu yang dinamakan sebagai AGE 1000. Pemain akan meneroka kawasan baharu yang dikenali sebagai West City di dalam sebuah dunia yang dihasilkan oleh pencipta asal siri tersebut, Akira Toriyama.
Mengekalkan elemen teras siri ini, Dragon Ball Xenoverse 3 merupakan satu permainan bergenre RPG yang memfokuskan kepada penceritaan. Pemain diberi pilihan untuk membentuk wira mereka sendiri untuk menyertai barisan pasukan Great Saiyan Squad, di mana mereka akan berentap bersama rakan-rakan sekutu yang lain.


