Skip to main content

Nezha merupakan filem animasi dari China yang diterbitkan pada tahun 2019 dan berjaya mengutip melebihi $700 juta walaupun dengan bajet $20 juta sahaja, filem sekuel untuknya iaitu Nezha 2 baru sahaja diterbitkan pada akhir bulan lepas dan ia semakin menghampiri untuk menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Buat masa ini, Nezha 2 telah mengutip $1.67 bilion dengan kutipan majoritinya daripada pasaran China dan mengatasi filem-filem animasi seperti The Lion King, Frozen 2, dan juga The Super Mario Bros. Movie dan memerlukan lebih kurang $28 juta lagi untuk mengatasi Inside Out 2 bagi menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi.

Tarikh siaran untuk Nezha 2 masih tidak disahkan lagi untuk pasaran Malaysia tetapi TGV telah mengacahkan yang ia akan tiba melalui Encore Films dan tarikh siaran untuk pasaran asia tenggara mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Nezha merupakan filem mengenai seorang kanak-kanak iaitu Nezha yang dilahirkan dengan dimasuki oleh Bebola Iblis yang membuatkan dia bersikap jahat dan perlu di kawal. Berbanding dibunuh, ibu bapanya memilih untuk membesarkannya dengan harapan dia boleh berubah menjadi orang yang baik. Ia merupakan adaptasi kepada buku Fengshen Yanyi oleh Xu Zhonglin.

Jika anda tidak pernah tonton filem pertama, ia boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman seperti IQIYI.

Leave a Reply