Peminat siri legenda, Digimon, bakal berpeluang merasai pengalaman ‘Dunia Digital’ secara realiti apabila pameran Digimon Adventure Anime 25th Anniversary Exhibition diumumkan akan berlangsung di Malaysia pada awal tahun hadapan.
Dianjurkan di INCUBASE Arena Malaysia, pameran ini dijadualkan berlangsung bermula 28 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026. Lokasi pameran bertempat di Aras 2, pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Pameran ini diadakan khusus bagi meraikan ulang tahun ke-25 siri tersebut, menjanjikan pengalaman mendalam buat para pengunjung. Peminat diajak untuk mengimbau kembali pengembaraan epik bersama watak-watak ikonik seperti Taichi, Agumon, dan rakan-rakan Digimon yang lain.
Antara tarikan utama pameran ini termasuk:
- Pengembaraan Interaktif: Pengunjung boleh meneroka dan berinteraksi dengan pameran yang memaparkan pertarungan ikonik serta detik-detik menyentuh hati dari siri animasi tersebut
- Zon Fotografi: Pelbagai lokasi bergambar disediakan untuk peminat merakam kenangan
- Misi Di Lokasi: Pengunjung boleh menyertai misi-misi khas yang disediakan di tapak pameran untuk pengalaman yang lebih mendalam
Waktu operasi pameran adalah dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, dengan kemasukan terakhir pada jam 9:00 malam.
Ini merupakan peluang keemasan bagi peminat tegar, sama ada mereka yang membesar dengan siri ini sejak 1999 atau peminat baharu, untuk menyelami nostalgia dan meraikan legasi Digimon bersama keluarga dan rakan-rakan.


