UNIQLO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran koleksi UT terbaharu bersempena dengan ulang tahun ke-30 peranti haiwan peliharaan digital ikonik, Tamagotchi. Koleksi ini mula dijual pada 22 Disember 2025 di semua cawangan UNIQLO dan juga melalui kedai atas talian mereka.

Koleksi kolaborasi ini menampilkan gabungan gaya seni piksel retro dengan rekaan pakaian harian LifeWear. Ia mengambil inspirasi daripada rekaan asal Tamagotchi yang diperkenalkan oleh Bandai pada tahun 1996, termasuk paparan antaramuka permainan dan watak-watak klasik seperti Ginjirotchi, Kuchipatchi, Mametchi, Mimitchi, dan Pochitchi.

Sebanyak empat rekaan baharu baju-T grafik lengan pendek wanita ditawarkan pada harga RM59.90 sehelai. Antara perincian yang disertakan pada pakaian ini termasuklah sulaman dan cetakan belakang yang memaparkan kitaran hidup Tamagotchi dari telur hingga menetas.

Selain pakaian, UNIQLO turut menawarkan mainan UT Original Tamagotchi yang dijual pada harga RM99.90.

Bagi memeriahkan pelancaran ini, UNIQLO turut menyediakan permainan mini web bertajuk “Tamago Catch” di laman rasmi mereka. Permainan ini membolehkan pengguna mengawal watak Mametchi untuk mengutip barangan dan makanan.

Leave a Reply