PUBG MOBILE, telah melancarkan kempen Coffee Carnival yang akan berlangsung sepanjang bulan Disember. Inisiatif ini menggabungkan elemen kandungan dalam permainan dengan aktiviti luar talian menerusi kerjasama bersama beberapa kafe tempatan.

Program ini diadakan selaras dengan kemaskini Versi 4.1 permainan tersebut yang memperkenalkan tema Frosty Funland. Kempen ini bertujuan memberikan pengalaman tambahan kepada pemain melalui ganjaran bertema, kolaborasi eksklusif, dan acara lapangan di kafe-kafe sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kerjasama Dengan Jenama Kafe Tempatan

PUBG MOBILE bekerjasama dengan empat kafe tempatan iaitu House of Wheat, Common Space, Koppiku, dan Parkview Cafe. Setiap lokasi akan menjalankan kempen ini mengikut jadual yang ditetapkan:

  • House of Wheat dan Common Space: 1 hingga 14 Disember.
  • Koppiku: 8 hingga 31 Disember.
  • Parkview Cafe: 15 hingga 21 Disember.

Sepanjang tempoh promosi, kafe-kafe ini akan memperkenalkan menu makanan dan minuman khas yang disertakan dengan pembungkusan edisi terhad seperti pelapik cawan dan kotak makanan bertema. Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan barangan rasmi PUBG MOBILE seperti pek pelekat, beg tote, kit penyedut minuman, baju-T, dan cawan. Barangan kolaborasi eksklusif bersama Koppiku juga hanya akan tersedia di cawangan kafe berkenaan.

Acara Komuniti dan Ganjaran Dalam Permainan

Bagi mengeratkan hubungan antara pemain, sesi perjumpaan komuniti akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • Common Space: 7 Disember
  • House of Wheat (Chow Kit): 13 Disember
  • Koppiku (Jaya One): 20 Disember
  • Parkview Cafe: 20-21 Disember

Aktiviti yang dijadualkan termasuk permainan mini, kejohanan santai, dan sesi ramah mesra bersama pencipta kandungan (KOL).

Dari segi kandungan di dalam permainan pemain boleh menyertai permainan mini khas dalam aplikasi bermula sekarang sehingga 28 Disember. Pemain berpeluang memenangi ganjaran seperti Sweet Maid Voice Pack dan busana Caramel Angel.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply