Pusat membeli belah LaLaport BBCC telah hadir dengan ruangan khusus untuk budaya pop dan hiburan yang memfokuskan kepada anime, komik, dan juga permainan video. Ruangan yang kebanyakan berada di tingkat 2 dan beberapa di tingkat lain menyertakan lebih 20 kedai dengan setiap-nya dengan penawaran tersendiri.

Kedai-kedai ini terdiri daripada kedai untuk menjual barangan dan juga restoran serta cafe dengan kebanyakannya mempunyai tema yang tersendiri. Berikut merupakan antara kedai-kedai yang sudah dibuka dengan beberapa lagi kedai akan dibuka tidak lama lagi.

Kadokawa Gempak Starz

Menawarkan komik, merchandise dan juga figura yang berkait dengan komik-komik yang diedarkan oleh Kadokawa Gempak Starz.

Nullset

Menjual pelbagai jenis merchandise untuk IP seperti Bluelock dan Demon Slayer.

Q Pocket

Menawarkan pelbagai barangan koleksi comel, mainan kapsul (gashapon), dan aksesori unik.

Xumi Goods

Kedai yang menjual pelbagai barangan gaya hidup lifestyle, hadiah, dan cenderamata pilihan.

Dimension Poptown

Kafe bertemakan siri animasi dan juga pasukan esukan T1 bersama dengan jualan merchandise berkait.

The Pink Room

Menawarkan barangan koleksi daripada Sanrio, L.O.L, Pokémon & Peanuts Snoopy, daripada kotak misteri hinggalah ke alat tulis comel & aksesori.

Doko Koko Goods

Menawarkan merchandise daripada siri-siri anime popular seperti Dandadan, Chainsaw dan juga kandungan daripada bilibili.

Doko Koko Pick Up

Selain menawarkan merchandise, ia juga menawarkan minuman bertema dengan ganjaran tersendiri.

Doko Koko Cafe

Cafe bertema yang akan menerima kolaborasi berbeza dari semasa ke semasa.

Animate

Kedai terbesar Animate di Malaysia, menawarkan pelbagai barangan berdasarkan anime, komik, permainan video termasuk juga komik dan merchandise.

Animate Cafe

Kafe bertema yang menawarkan menu berdasarkan kolaborasi semasa.

Leave a Reply