Rockstar Games hari ini telah mengumumkan yang Grand Theft Auto VI sekali lagi ditunda dan hanya akan dilancarkan seawalnya pada 19 November 2026, berbanding 26 Mei yang diumumkan sebelum ini.

Mereka mengatakan yang bulan tambahan daripada penundaan ini akan digunakan untuk menambah-baik lagi permainan ini agak kualitinya adalah seperti yang dijangkakan oleh pemain.

GTA VI menerima treler pertama pada tahun 2023 dengan jangkaan pelancaran pada akhir tahun 2025. Produksi penuh untuk permainan ini bermula sekitar tahun 2019 dan 2020.

Leave a Reply