Rockstar Games hari ini akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran untuk Grand Theft Auto VI, akan tetapi ia bukan tahun ini seperti diumumkan sebelum ini, sebaliknya ia hanya akan tiba pada 26 Mei 2026.

Mereka mengatakan yang pembangunan memerlukan masa tambahan untuk mencapai segala sasaran bagi permainan ini dan juga melangkaui jangkaan oleh pemain. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Dengan pengumuman terbaru ini, ia sudah semestinya memberi nafas lega kepada permainan-permainan yang dijangka tiba pada tahun ini, tetapi akan menjadi kerisauan bagi permainan yang ingin dilancarkan pada bulan Mei tahun depan.

Leave a Reply