Buat julung kalinya, MapleStorySEA akan membawa ASSEMBLE Showcase eksklusifnya ke Malaysia, digabungkan dengan sambutan Halloween, acara yang dinamakan “Spooktacular Halloween Night” ini akan berlangsung untuk satu malam sahaja iaitu pada 31 Oktober 2025 di Spacerubix, Puchong.

Tarikan utama malam tersebut adalah tayangan perdana luar talian ASSEMBLE Showcase, yang akan memberi peminat pandangan pertama eksklusif mengenai kemaskini utama MapleStorySEA yang akan datang.

Selain pengumuman tersebut, acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bertemakan Halloween. Para pengunjung boleh menyertai pertandingan kostum, bergambar di photo booth bertema, dan menikmati pelbagai permainan mini serta zon permainan PC yang menampilkan cabaran bos 3v3.

Tiket untuk acara ini adalah terhad yang boleh didapatkan dengan harga SGD20. Setiap tiket menyertakan pas kemasukan, tag pergelangan tangan, penyertaan cabutan bertuah, beg cenderahati Halloween, dan akses kepada makanan ringan serta minuman bertema (disahkan halal). Tiket boleh dibeli melalui Eventbrite.

Bagi peminat yang tidak dapat hadir, Showcase ASSEMBLE juga akan distrim secara langsung melalui YouTube.

Leave a Reply