Sooka telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa jenama tempatan untuk menyediakan penawaran-penawaran tersendiri bagi pengguna yang ingin mendapatkan langganan Sooka dengan lebih murah ataupun ganjaran yang lain.
| Jenama | Penawaran | Tempoh Sah |
| Maxis | Maxis menawarkan akses percuma kepada sooka Premium selama enam bulan kepada pelanggan pascabayar 139, 169, dan 199. Pelanggan Hotlink Prabayar dengan Pas Internet Bulanan bernilai RM55, atau Hotlink Pascabayar 45/60/70 yang melanggan Data 2X add-on pada harga RM9.90, layak menerima akses 30 hari kepada pelan sooka Sports & Entertainment. Semua pelanggan Maxis Pascabayar dan Hotlink yang lain boleh melanggan pelan sooka Premium pada harga RM25 sebulan (Harga Runcit: RM50.90) atau menambah pakej Super Streamer (sooka Sports & Entertainment) pada harga RM15 sebulan. | Sehingga 31 Januari 2026 |
| Etiqa | Semua pengguna sooka baharu dan sedia ada akan menerima pelan Insurans kemalangan peribadi bernilai RM10,000 daripada Etiqa, sah selama 30 hari dari tarikh mereka menerima e-mel pengaktifan. Pengguna boleh mendaftar untuk tawaran ini melalui aplikasi sooka. Pelanggan Etiqa boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. Baucar digital dengan kod pengaktifan unik akan dihantar melalui e-mel kepada setiap pelanggan Etiqa yang layak. | Sehingga 31 Januari 2026 |
| U Mobile | U Mobile menawarkan pakej istimewa U Home 5G x sooka Premium, yang menggabungkan jalur lebar 5G berkelajuan tinggi dengan perkhidmatan penstriman sooka. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyUMobile. | Sedang berlangsung |
| Grab | Pengguna Grab boleh menebus pelan 14 hari Sports & Entertainment sooka secara percuma melalui GrabRewards menggunakan mata ganjaran Grab mereka. Setiap penebusan yang berjaya akan mendapat kod pengaktifan unik untuk akses percuma tempoh percubaan aplikasi sooka melalui laman web atau aplikasi mudah alih sooka. | Sehingga 31 Disember 2025 |
| MAE by Maybank2u | Sebagai sebahagian daripada kempen ‘JOM MAE’, pengguna yang membuka MAE Wallet melalui aplikasi MAE dan melengkapkan proses pendaftaran akan menerima ganjaran tunai serta kod unik untuk mengaktifkan akses percuma kepada pelan sooka Sports & Entertainment selama 14 hari. | Sehingga 31 Disember 2025 |
| Sports Direct | Ahli Sports Direct akan menerima akses percuma selama tujuh hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka dengan sebarang pembelian di kedai atau sacara atas talian melalui laman web Sports Direct. | Sehingga 26 Februari 2026 |
| ZUS Coffee | Pelanggan ZUS Coffee boleh menebus mata ganjaran ZUS mereka melalui aplikasi ZUS Coffee dan menikmati akses percuma selama tujuh hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka. | Sehingga 31 Disember 2025 |
| VIU | Peminat sooka dan VIU kini boleh menikmati kedua-dua platform pada harga diskaun melalui pakej aplikasi sooka-VIU yang baharu. Bermula dari RM21.90 sebulan, pakej ini boleh dibeli di laman web sooka. | Sedang berlangsung |
Anda boleh layari laman rasmi Sooka untuk maklumat lanjut mengenai penawaran-penawaran ini dan juga promosi lain yang ada.


