Activision ketika acara pembukaan Gamescom 2025 telah melakukan perkongsian lanjut untuk Call of Duty Black Ops 7 yang merupakan permainan seterusnya bagi francais ini dan akan dilancarkan akhir tahun ini.

Perkongsian yang dilakukan adalah bagi kempen ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun secara koperasi sehingga empat pemain. Watak-watak kegemaran ramai seperti David Mason dan Raul Menendez akan kembali bersama dengan watak baharu seperti Emma Kagan.

Selepas menyelesaikan kempen ini, pemain boleh bermainnya sekali lagi dengan cabaran tambahan untuk dilakukan secara koperasi.

Bagi mod multi-pemain pula, pada pelancaran disertakan 16 peta baharu untuk 6v6 termasuklah 13 peta baharu dan tiga peta daripada Black Ops, tambahan itu terdapat juga dua peta berskala besar. Berlatarkan masa 2035, pemain akan menggunakan senjata yang lebih moden berbanding senjata sekarang.

Mod baharu juga diperkenalkan iaitu Skirmish iaitu sesi multi-pemain 20v20 yang menyertakan pelbagai objektif, pertempuran yang merentasi kawasan tidak kira di darat atau udara.

Mod zombi kali ini menyertakan kenderaan untuk pemain gunakan bagi merentasi peta yang lebih besar.Ia juga akan melihat kembalinya peta Survival, buat pertama kali sejak Black Ops 2 selain itu terdapat juga mod baharu iaitu Dead Ops Arcade 4 yang boleh dimainkan secara berseorangan ataupun dengan skuad.

Call of Duty Black Ops 7 akan dilancarkan pada 14 November 2025 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply