Bagi ramai pemain yang pernah memainkan antara permainan video atas-talian terawal, semestinya akan mengenali akan Ragnarok yang pernah diperkenalkan sekitar 2002 lepas. Walaupun kini sejumlah variasi Ragnarok telah ditawarkan, namun, ia masih tidak dapat memenuhi minat seperti versi asalnya.

Menyedari perkara ini, kini Gravity dilihat akan hadir dengan Ragnarok Online 3 – yang menawarkan kembali nostalgia seumpama permainan asalnya. Pihak pembangunnya memfokuskan kepada kemaskini seni-piksel dan visual permainan berkenaan, tetapi mengekalkan pelbagai perkara lain – termasuk peta permainan, watak, dan kaedah permainan.

Buat masa ini, Ragnarok Online 3 sedang melalui fasa ujian secara tertutup. Ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran rasminya, namun semestinya ia sesuatu yang dinantikan ramai pemain, terutamanya pemain yang pernah memainkan Ragnarok asal. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman rasmi Ragnarok Online 3 hari ini.

Leave a Reply