AniManGaki kembali lagi tahun ini iaitu antara acara utama melibatkan dunia hobi tempatan, ia adalah acara untuk peminat-peminat animasi, komik, permainan video, seni, cosplay, muzik, budaya pop dan juga figura. Bagi AniManGaki 2025 ia akan berlangsung pada 22 sehingga 24 Ogos 2025 di Mines International Exhibition & Convention Centre.

Tiket kemasukan untuk acara ini sudah ditawarkan dengan harga seperti berikut:

  • Tiket 1-Hari: RM55.00
  • Tiket 2-Hari: RM95.00
  • Tiket 3-Hari: RM120.00

Di acara ini, pengunjung boleh melawat beberapa kawasan dengan tema berbeza antaranya Artist Alley untuk artis membuka reruai bagi menjual karya-karya mereka, Cosplay Alley untuk cosplayer menawarkan barangan-barangan mereka, reruai untuk produk, perkhidmatan, dan institusi pengajian.

Salah satu aktiviti yang menarik adalah reruai untuk permainan Love and Deepspace oleh Infold Games. Pengunjung berpeluang untuk bergambar di ruangan foto yang disediakan serta dapatkan pelbagai barangan menarik.

Pelbagai persembahan pentas juga akan disediakan termasuk juga konsert oleh ChouCho, Bradio, dan Aya Hirano. Selain itu, terdapat juga jemputan lain seperti Lucius Merryweather, Mit Photography, Kenji Muto serta Yoshihiro Watanabe dari Studio Orange, Hakken, dan bakat-bakat dari K Talent Entertainment.

Anda boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket.

Leave a Reply