Wizards of the Coast telah mengumumkan yang Magic: The Gathering – Avatar The Last Airbender akan dilancarkan pada 21 November, membawa kad-kad berdasarkan siri animasi popular tersebut ke tangan pemain.

Anda boleh dapatkan kad berdasarkan watak daripada siri ini seperti Avatar Aang, Fire Lord Zuko, Katara, Sokka dan juga Toph dengan setiap daripadanya juga menyertakan mekanik khusus untuk set ini iaitu Firebend, Waterbend, Earthbend, dan Airbend.

Produk-produk untuk set ini adalah Play Boosters, Collector Boosters, Bundle, Commander, Jumpstart Boosters, Pek Prerelease, Beginner Box dan Scene Boxes. Kesemua produk ini sudah boleh di pra-tempah melalui pengedar rasmi Magic: The Gathering.

Leave a Reply