Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Versi Video

Mafia: The Old Country

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan Mafia kembali dengan permainan keempat tetapi kali ini ia memfokuskan kepada yang lebih awal berbanding permainan-permainan sebelum ini. Permainan ini akan mengikuti watak baharu iaitu Enzo Favara dan bagaimana dia menyertai kumpulan penjenayah di Sicily. Permainan ini berlatar masa pada 1900-an dan merupakan prekul kepada permainan-permainan Mafia yang lain.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Permainan pertempuran berdasarkan siri anime dan manga popular kembali lagi untuk permainan kedua dan kali ini bagi mod penceritaan akan memfokuskan kepada kejadian Entertainment District Arc. Ia juga menyertakan penceritaan daripada Swordsmith Village Arc, dan Hashira Training Arc. Ia membawa sistem pertempuran yang rancak dengan watak-watak seperti Tanjiro, Nezuko, Zenitsu, Inosuke, Giyu, Shinobu, Hinatsuru, Makio, dan Suma.

The House of the Dead 2 Remake

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Jika bercakap mengenai permainan rail-shooter ataupun permainan menembak di arked, The House of the Dead 2 antara permainan yang sering menjadi tarikan pemain. Sejak dilancarkan pertama kali pada tahun 1998 sebelum di bawa ke Dreamcast, PC dan juga Wii. Melalui versi Remake ini, bukan sahaja dilancarkan untuk lebih banyak platform tetapi juga menyertakan grafik yang lebih baik.

Tiny Bookshop

Platform: PC

Jika anda bercita-cita untuk membuka kedai buku di pesisiran pantai, anda boleh mencapainya terlebih dahulu di dalam permainan ini. Permainan pengurusan yang santai ini membolehkan anda untuk menghias kedai (van) anda, memilih koleksi buku yang ingin ditawarkan dan juga mengenali orang-orang setempat yang akan membawa penceritaan mereka yang tersendiri.

Ritual of Raven

Platform: Nintendo Switch, PC

Permainan simulasi berkebun yang mempunyai satu keunikan iaitu anda tidak berkebun secara sendiri tetapi menggunakan Arcana Constructs iaitu dek kad magis yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan sesuatu tanaman. Selain berkebun, anda juga akan ditugaskan untuk membantu seorang ahli sihir iaitu Sage yang ingin memperbaiki portal magis yang rosak dan membawa masalah.

Leave a Reply