Uniqlo telah mengumumkan koleksi Tshirt berdasarkan Pokemon, dan menariknya kali ini ia memfokuskan kepada Pokemon Trading Card Games dan aplikasi Pokemon Trading Card Game Pocket dengan menyediakan rekaan-rekaan berdasarkan permainan hobi dan permainan tersebut.

Koleksi ini mula ditawarkan pada 11 Ogos 2025 dan menawarkan lima rekaan untuk tshirt dewasa yang ditawarkan dengan harga RM59.90 dan lima rekaan untuk tshirt kanak-kanak yang ditawarkan dengan harga RM39.90.
Ia akan ditawarkan di semua cawangan Uniqlo dan juga melalui laman rasmi mereka bermula pada 11 Ogos ini. Sementara itu, anda juga boleh dapatkan koleksi Tshirt Pokemon yang lain.


