Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Eriksholm: The Stolen Dream

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Di dalam Eriksholm, pemain akan menjadi Hanna seorang wanita yang cuba menyiasat mengenai kehilangan abangnya. Untuk, melakukannya Hanna perlu melalui pelbagai tempat berbahaya secara menyelinap. Hanna kemudian disertai oleh dua lagi watak iaitu Alva dan Sebastian, dengan masing-masing mempunyai kebolehan yang tersendiri bagi membantu usaha mereka. Permainan ini dimainkan secara isometrik dengan menyelinap diberi keutamaan.

Hunter x Hunter: Nex x Impact

Platform: PlayStation 5, NIntendo Switch, PC

Permainan pertarungan berdasarkan siri manga dan anime popular Hunter x Hunter ini menyertakan tamamain 3 lwn 3 (tag). Semasa pelancaran ia menyertakan 16 watak seperti Gon, Killua, Leorio, Kurapika, Hisoka, dan Razor. Selain sesi multi-pemain, permainan ini juga sesi permainan solo dengan pemain boleh mengalami semula pertarungan-pertarungan ikonik daripada siri anime atau manga.

Shadow Labrinth

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC

Bagaimana jika Pac-Man dijadikan sebagai permainan aksi pengembaraan? Ia adalah Shadow Labyrinth iaitu satu permainan aksi pengembaraan yang turut mempunyai elemen Metroidvania. Pemain akan mengawal satu watak yang dipanggil sebagai “Swordsman No. 8”, tetapi boleh bergabung dengan Puck untuk melalui sesuatu kawasan dengan gaya Pac-Man dan juga dengan GAIA untuk menjadi satu mecha bagi pertempuran yang lebih berbahaya.

Donkey Kong Bananza

Platform: Nintendo Switch 2

Donkey Kong kembali dengan pengembaraan baharu dan kali ini dia diberikan satu dunia yang terbuka untuk pemain mengembara, sambil melakukan pelbagai objektif dan bertempur dengan penjahat-penjahat berbeza. Jika Nintendo Switch menerima Super Mario Odyssey sebagai permainan awal, Nintendo Switch 2 menerima permainan ini yang menyertakan tatamain yang lebih kurang tetapi dengan watak utama yang berlainan.

RoboCop: Rogue City – Unfinished Business

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan sampingan untuk RoboCop: Rogue City, di dalam permainan ini RoboCop ditugaskan untuk memasuki kubu kuat penjahat iaitu OmniTower dan perlu melalui setiap tingkat bangunan tersebut yang mempunyai cabaran tersendiri. Bagi membantu RoboCop, dia juga boleh menggunakan senjata-senjata baharu untuk melawan dengan penjahat yang lebih mencabar.

Leave a Reply