Apple TV+ telah mengumumkan yang siri Slow Horses disahkan akan menerima musim ketujuh selepas mengesahkan ia akan menerima musim keenam sebelum ini. Manakala musim kelima akan mula disiarkan pada 24 September ini.

Siri ini memfokuskan kepada Slough House iaitu satu pejabat ejen-ejen MI5 yang gagal di dalam tugasan mereka tetapi tidak dipecat. Mereka biasanya melakukan tugasan yang membosankan tetapi secara tidak sengaja terlibat dengan sesuatu yang lebih besar.

Musim kelima akan mengadaptasi buku kelima untuk siri novel Slough House iaitu London Rules, manakala musim keenam Joe Country dan Slough House yang merupakan buku keenam dan juga ketujuh diikuti dengan Bad Actors iaitu buku kelapan untuk musim ketujuh.

Siri ini melibatkan Gary Oldman bersama Kristin Scott Thomas, Jack Lowden, Saskia Reeves, Rosalind Eleazar, Christopher Chung, Aimee-Ffion Edwards, Ruth Bradley, James Callis, Tom Brooke, dan Jonathan Pryce.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply