Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
A Minecraft Movie
Platform: Max
Tidak mengejutkan permainan dengan jumlah pemain teramai sepanjang zaman menerima filem aksi nyata, dan boleh dikatakan mengejutkan ia mengambil selama ini untuk ada. Filem ini menyertakan dunia Minecraft yang pelbagai rekaan kreatif dan juga pelbagai watak yang menarik, ia satu filem bukan sahaja untuk pemain-pemain Minecraft tetapi juga untuk yang meminati satu filem pengembaraan di dalam dunia yang unik.
Spidey and His Amazing Friends (Musim 4)
Platform: Disney+ Hotstar
Spidey kembali lagi bersama dengan rakan-rakannya dan kali ini ia akan meneruskan kisah Dino-Webs daripada musim lepas, dan juga membawa penonton ke satu penceritaan baharu iaitu Water-Webs yang akan memfokuskan kepada penceritaan di dalam air dan juga lanun. Tiga watak baharu juga akan tiba iaitu Captain America, Jeff the Land Shark dan Hydro-man.
KPOP Demon Hunter
Platform: Netflix
Rumi, Mira, dan Zoey merupakan artis KPOP popular yang bukan sahaja memberi persembahan untuk peminat mereka, tetapi juga mempertahankan mereka daripada iblis-iblis yang ada. Semasa mereka tidak menyanyi atau membuat persembahan, mereka bertiga merupakan pemburu iblis yang digeruni. Keadaan menjadi rumit apabila satu kumpulan penyanyi baharu tiba yang terdiri daripada iblis-iblis bertopengkan manusia. Filem ini juga menerima lagu asli oleh Jeongyeon, Jihyo, dan Chaeyoung daripada TWICE.
We Were Liars
Platform: Prime Video
Siri TV berdasarkan novel berjudul sama oleh E. Lockhart ini mengisahkan mengenai Cadence iaitu sebahagian daripada keluarga Sinclair, iaitu satu keluarga yang sangat kaya dan sering berkumpul di pulau persedirian. Semasa Cadence berumur 15 tahun, dia tercedera di pulau tersebut dan hilang kebanyakan ingatannya, namun selepas itu ia mula disisihkan dan membuatkan dia ingin tahu apa yang sebenar terjadi pada waktu itu.
Final Destination: Bloodlines
Platform: Apple TV/Google TV (Beli/Sewa)
Kematian kembali untuk menebus hutang-hutang lama, kali ini ia bukan sahaja melibatkan sekumpulan rakan ataupun sekumpulan orang asing, tetapi ia sebaliknya melibatkan beberapa generasi keluarga yang kesemuanya berhutang nyawa. Final Destination kali ini sudah semestinya akan menyertakan lebih banyak darah, lebih banyak kematian, dan ia tidak mengambil kira siapa yang menjadi mangsa.


