Wizards of the Coast telah melancarkan secara rasmi penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering dan ia merupakan satu kerjasama dengan antara IP terbesar di dalam dunia permainan video iaitu Final Fantasy oleh Square Enix.
Penambahan ini dilancarkan secara rasmi pada 13 Jun lepas dan pemain-pemain di Malaysia boleh menyertai Acara Chocobo Racing iaitu acara Draft dan Sealed yang dianjurkan di Kedai WPN rasmi sehingga 24 Jun. Pemain yang menyertainya berpeluang untuk mendapatkan poster dan Pinfinity AR.

Penambahan Final Fantasy ini ditawarkan dengan produk-produk seperti Play Booster, Collector Booster, Starter Kit, Bundle dan Gift Bundle yang akan dilancarkan pada 27 Jun. Selain itu terdapat juga empat Commander Deck (termasuk juga versi Collector).
Commander Deck yang disertakan adalah Revival Trance (Red-White-Black) dengan Terra sebagai Commander, Limit Break (Red-Green-White) dengan Cloud sebagai Commander, Counter Blitz (Green-White-Blue) dengan Tidus sebagai Commander dan Scions & Spellcraft (White-Blue-Black) dengan Y’sholta sebagai Commander.



Anda boleh dapatkan pelbagai kad-kad dengan rekaan menarik berdasarkan watak-watak daripada siri ini, tidak kira permainan Final Fantasy yang terbaru ataupun permainan-permainan klasik yang memulakan IP ini. Ia juga ditawarkan dengan pelbagai kekemasan menarik dengan karya tersendiri.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai penambahan ini melalui laman rasmi untuknya.


