Uniqlo telah mengumumkan koleksi “My Dear” iaitu kerjasama terbaru mereka melalui jenama UT bersama dengan studio animasi terkenal dari Jepun iaitu Studio Ghibli. Ini juga merupakan koleksi ketiga bagi kerjasama ini.

Koleksi ini akan menyertakan 11 rekaan untuk Tshirt dan juga Sweatshirts bersama dengan enam rekaan untuk Tshirt kanak-kanak. Tshirt dewasa ditawarkan dengan harga RM59.90, Sweatshirt dengan harga RM129.90 dan Tshirt kanak-kanak ditawarkan dengan harga RM39.90.

Kesemua produk ini akan mula ditawarkan pada 7 Julai 2025 melalui Uniqlo Online dan juga cawangan-cawangan Uniqlo di seluruh Malaysia.

Anda boleh layari laman rasmi untuk koleksi ini jika ingin melihat kesemua rekaan.

Leave a Reply