HoYoverse sebelum ini telah mengumumkan yang HoYo Fest akan kembali untuk tahun ini dan di Malaysia ia akan berlangsung bermula pada 24 sehingga 27 Julai 2025, bertempat di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil.

Buat pertama kali, Hoyo Fest dianjurkan sebagai acara dengan tiket dan mereka telah mengumumkan yang ia akan mula ditawarkan pada 24 Jun 2025 dan di Malaysia ia ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu:
- Pas 1-Hari – RM22
- Pas 4-Hari – RM65
- Pas 1-Hari (Fast Pass) – RM80
Bagi Fast Pass, pengunjung akan mendapat keutamaan untuk mengakses HoYoverse Experience Zone, Reruai Permainan dan juga Reruai Gambar. Selain itu, pengunjung juga akan mendapat kesemua hadiah di Reruai Permainan, Passport, ID Holder dan juga tiket untuk cabutan bertuah.

Bagi pengunjung berumur 6 tahun dan ke bawa kemasukan adalah percuma tetapi mesti ditemani oelh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai tiket. Manakala pengunjung OKU boleh mendapat potongan 50% untuk kesemua tiket.
Anda boleh melakukan pra-pendaftaran untuk mendapatkan tiket ini melalui pautan ini.


