Selain daripada melancarkan Infinix GT 30 Pro, Infinix juga telah melancarkan tablet mereka secara rasmi iaitu XPAD GT. Tablet ini hadir dengan skrin bersaiz 13-inci, menggunakan panel IPS dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dengan resolusi 2880 x 1840.

Tablet ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888, bersama dengan RAM sebesar 8GB dan storan dalaman 256GB. Bagi bateri pula, ia menyertakan bateri sebesar 10 ribu mAh dengan pengecasan pantas 33W.

XPAD GT ini ditawarkan dengan harga RM1,699 dan bagi pembelian awal akan turut mendapat papan kekunci magnetik dan juga stylus bernilai RM599 secara percuma. Ia ditawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Stellar Grey.


