Kelab Bola Sepak Selangor FC hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Card Mania 2025 untuk buat pertama kali melancarkan kad koleksi berdasarkan pasukan mereka. Menariknya, kad ini tidak terhad kepada pasukan bola sepak tetapi juga esukan iaitu Selangor Red Giants OG Esports.
Card Mania 2025 merupakan Konvensyen dan Pertandingan Trading Card Game (TCG) terbesar di Malaysia yang akan berlangsung bermula pada 30 Mei sehingga 1 Jun 2025 di MPAJ Convention Centre Melawati. Buat masa ini masih tidak diumumkan cara untuk mendapatkan kad koleksi ini, tetapi berkemungkinan besar perlu mengunjungi acara ini.


