Astro telah mengumumkan yang mereka memperbaharui perjanjian kerjasama dengan beIN Sports, melalui perjanjian terbaru ini mereka akan terus bersama sehingga Ogos 2027.
Melalui kerjasama dengan beIN Sports ini, pelanggan Sports Pack dapat mengakses sukan-sukan seperti Formula 1, UEFA Champions League, LaLiga, Bundesliga, Australia Open, Roland-Garros, dan ATP Tour melalui saluran beIN Sports dan juga aplikasi beIN Sports Connect.
Astro One Sports Pack boleh dilanggan dengan harga bermula RM99.99, terdapat juga promosi khas untuk penjawat awam dengan pakej ini ditawarkan dengan harga RM69.99 sahaja.


