Apple Arcade telah mengumumkan yang lima lagi permainan akan tiba untuk perkhidmatan tersebut pada 5 Jun ini. Lima permainan yang disertakan ialah UNO: Arcade Edition, LEGO Hill Climb Adventures+, Lost in Play+, Helix Jump+ dan What The Car? untuk Apple Vision Pro.
UNO: Arcade Edition membolehkan pemain untuk bermain UNO secara digital secara berseorangan ataupun melawan pemain-pemain lain. Permainan ini menyertakan tiga mod iaitu Quick Match, Custom Games, dan Single Player dan pemain boleh mengubah-suai seperti bingkai, kesan dan juga emote.
What the Car? iaitu permainan lumba kereta yang unik sudah dilancarkan untuk platform lain sebelum ini, dan kali ini ia akan ditawarkan untuk Apple Vision Pro memberikan pengalaman baharu kepada pemain dan sudah semestinya menjadikan permainan ini lebih mendalam walaupun dengan elemen komedi.
LEGO Hill Climb Adventures+ permainan berasakan fizik ini membolehkan pemain untuk membina kenderaan sendiri menggunakan bongkah-bongkah lego, untuk melalui pelbagai jalanan yang bukan sahaja mencabar tetapi juga indah dengan persekitaran menarik.
Lost in Play+ pemenang App Store Awards untuk Permainan Terbaik iPad kini boleh diakses oleh semua pemain melalui perkhidmatan ini. Permainan ini akan menggunakan imaginasi pemain untuk menyelesaikan tekaria-tekaria yang berbeza.
Helix Jump+ permainan klasik ini ditambah baik untuk Apple Arcade dengan menyertakan kesan haptik, visual yang lebih baik dan juga pelbagai kostum yang boleh didapati. Di dalam permainan ini,pemain perlu mengawal bola melalui menara helix yang penuh dengan cabaran.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.